Laman Utama

“Please Jangan Give Up” - Gambar FB Jadi Hitam, Lee Zii Jia Cetus Kerisauan Netizen, Adakah...

Hanafis Haris
22/01/2022
05:42 MYT
Sponsor Banner
“Please Jangan Give Up” - Gambar FB Jadi Hitam, Lee Zii Jia Cetus Kerisauan Netizen, Adakah...

Sejak semalam, dunia media sosial dikejutkan dengan pengumuman Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bahawa pemain nombor satu Kebangsaan, Lee Zii Jia tidak didaftarkan untuk semua kejohanan selama dua tahun.

Biarpun keputusan itu amat mengejutkan semua pihak, namun tindakan pemain berkenaan menggunakan gambar hitam kosong di laman sosial Facebook lebih mencetuskan tanda tanya.

Adakah ia satu petanda yang menggambarkan perasaan Lee Zii Jia ketika ini atau ia memberi maksud pemain tersebut sudah putus asa.

Semuanya kini menjadi persoalan utama peminatnya.

Malah, tindakan menggunakan gambar hitam itu dibuat hanya beberapa jam selepas pengumuman dibuat BAM.

Menerusi ruang komen, kebanyakan peminat sukan badminton tidak henti-henti memberikan semangat kepada Lee Zii Jia.

Tanpa mengira bangsa mahupun agama, semuanya bersatu demi Lee Zii Jia!

“Say strong please, kami tahu awak sudah jangkakan perkara ini, mesti awak ada plan champ”

“Perjalanan awak tidak terhenti di sini, berjuang untuk hak kamu”

“Awak antara terbaik Malaysia pernah ada, stay strong,” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Zii Jia telah dikenakan penggantungan selama dua tahun daripada semua kejohanan yang dibenarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia bermula 18 Januari 2022.

Ini bermakna Zii Jia tidak akan didaftarkan untuk sebarang kejohanan dalam tempoh dua tahun.

BAM pada Rabu lalu mengesahkan Zii Jia telah meletak jawatan sebagai pemain persatuan itu.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar