Laman Utama
Plie Raikan Wanita! Miliki Susuk Tubuh Mempersona, Ibu Berpantang & Wanita Plus Size Pun Boleh Pakai
Siapa sangka, dalam kemelut pendemik Covid-19 yang telah melanda masyarakat dunia dua tahun lalu telah melahirkan sebuah jenama pakaian dalaman wanita yang khusus untuk menyokong susuk tubuh golongan hawa.
Jenama Plie telah menyambut ulang tahun ke-2 kewujudannya di Malaysia yang diraikan bersama-sama pengguna wanita dan juga peminat jenama berkenaan.
Bagi yang belum tahu, jenama ini sebenarnya telah berjaya membantu ramai wanita terutama dikalangan surirumah dan juga golongan ibu dalam memberikan kembali bentuk badan yang sempurna lagi selesa walaupun selepas melahirkan anak.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Plie Malaysia, Puan Adeline C berkata, tempoh dua tahun yang sukar itu telah membuatkan jenama Plie semakin dikenali ramai terutama dikalangan pembeli secara digital.
“Selepas dua tahun berada di pasaran, kami telah berjaya memperkenalkan rangkaian produk pakaian dalaman yang memenuhi keperluan wanita dalam setiap peringkat kehidupan mereka.
“Sebagai contoh, terdapat produk kami yang dicipta khusus untuk gadis muda yang melalui situasi aakil baligh bagi mengawal selia kitaran haid mereka dan supaya mereka mempunyai postur yang betul.
“Tidak ketinggalan pakaian dalam bagi wanita yang gemar melakukan aktiviti di gimnasium. Juga kepada bakal ibu dan wanita dalam berpantang, golongan tua atau mereka yang akan menopaus,”katanya.
Jelas Adeline lagi, kesemua rangkaian pakaian dalaman wanita yang dikeluarkan oleh Plie adalah bertujuan untuk memberi sokongan tambahan bagi badan terutama untuk tulang belakang setiap wanita.
Plie merupakan jenama antarabangsa kelahiran Brazil yang telah berada di pasaran antarabangsa selama lebih 20 tahun.
Menyedari kelebihan serta keistimewaan yang ada pada rangkaian produk Plie, jenama ini telah dibawa masuk ke Malaysia oleh Adeline C sendiri yang bertindak sebagai satu-satunya pengedar eksklusif di negara ini sejak tahun 2020.
“Ketika itu saya dalam fasa kedua kehamilan. Saya telah jatuh cinta dengan siri Plie Maternity yang ditujukan untuk wanita mengandung.
“Menyedari kerana wujudnya jurang dalam pasaran dan ditambah dengan keyakinan yang tinggi, saya telah mengambil keputusan untuk membawa masuk Plie ke pasaran Malaysia.
“Walaupun sekarang saya tidak lagi hamil, namun saya tetap yakin dan berazam untuk menyediakan rangkaian persalinan berkualiti ketika hamil mahun selepas berasalin,” katanya.
Tambah Adeline C, keistimewaan yang terdapat kepada rangkaian pakaian dalam Plie ialah dalam aspek pengkhususan, kualiti dan juga teknologi yang diilhamkan khusus untuk semua jenis bentuk tubuh wanita.
Perkara ini, selaras dengan pengalaman dan usia 20 tahun Plie dalam usaha melahirkan pakaian dalam yang sempurna disamping memelihara struktur tubuh dan menyokong bentuk badan setiap wanita.
“Kesemua produk pakaian dalam wanita Pliē adalah 100% dihasilkan di Brazil dan kilangnya sendiri semua dikawal oleh pihak pengurusan di sana.
“Fabrik bagi broduk Plie juga sangat selesa, kerana kami bekerjasama dengan pembekal benang terbaik di dunia seperti Emana & Supplex.
“Sebagai keistimewaan tambahan, setiap pakaian menawarkan keupayaan hidrofilik dan keupayaan melembapkan yang menjadikan produk Pliē lebih selesa. Semua produk kami boleh dipakai sepanjang hari,” katanya.
Produk Plie boleh didapati dalam pelbagai saiz iaitu sehingga XXL yang dijual pada harga serendah RM200 sehingga RM800.
Sempena meraikan ulang tahun ke-2 Plie di Malaysia, jenama berkenaan memperkenalkan beberapa produk baru antaranya seluar Emana Bermuda, seluar pendek dan legging.
Pada 2023, Plie bercadang untuk mengembangkan sayapnya ke arena perubatan dengan memperkenalkan rangkaian produk pakaian yang bersifat memulih.
Rangkaian produk berkualiti tinggi dan memenuhi piawaian perubatan boleh dipakai sertamerta selepas pembedahan dan sesuai dengan prosedur hospital atau klinik seperticontohnya pembedahan ketika bersalin, jantung, liposuction, payudara dan sebagainya.