Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

#PMTepiKakGee: Dilema Sepupu Suka Meminjam... Macam Mana Nak Minta Balik Duit Ni? Dah Rasa Macam Mengemis Wang Sendiri!

Gempak Spot 23/05/2020 | 21:01 MYT
SOALAN:
Hello Kak Gee. Saya Akim berasal dari Melaka. Saya ada seorang sepupu yang kerap meminjam.
Mula-mula dia pinjam amaun yang biasa-biasa, macam RM50 atau RM100.
Tapi, apa yang saya geramkan, dia liat sangat nak bayar.
Kadang-kadang saya rasa malu nak mintak duit sendiri sebab banyak sangat alasan yang sepupu saya bagi.
Awal tahun ni, sepupu saya pinjam RM500 dari saya. Mengenangkan ikatan persaudaraan, saya tetap menghulurkan bantuan dan memberi dia pinjam wang saya.
Nampaknya, sampai sekarang dia diamkan sahaja dan belum lagi memulangkan duit saya.
Saya dah tanya menerusi WhatsApp, banyak sangat alasan yang dia bagi.
Apa yang perlu saya buat ni Kak Gee? Sejujurnya, saya betul-betul buntu.
Dah macam mengemis duit sendiri pula sedangkan dia yang meminjam!
JAWAPAN:
Terima kasih Akim kerana berkongsi luahan rasa dengan Kak Gee.
Bagi Kak Gee, Akim ni terlalu lembut hati kerana Akim tetap memberi sepupu Akim pinjam duit sedangkan Akim tahu dia liat nak bayar.
Sikap lembut hati ini ada baiknya tetapi bagi Kak Gee, ia harus berpada-pada.
Akim harus berpegang kepada pepatah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.
Dia memang sepupu Akim tetapi Akim harus ingat, Akim perlu menjaga hati Akim sendiri.
Akim tahu tindakan sepupu Akim menyakitkan hati Akim, sepatutnya Akim tak harus memberi dia pinjam duit lagi.
Tapi, perkara pun dah jadi dan dah lepas kan.
Bagi Kak Gee, solusinya adalah Akim perlu bersemuka dengan sepupu Akim dan bincang mengenai hal ini.
Akim kena datang dengan sikap 'hati kering' dan Akim harus lebih firm dengan keputusan Akim.
Jika dia tak boleh selesaikan sekali gus, Akim minta sepupu Akim bayar duit itu sedikit demi sedikit.
Asalkan bayar, kan?
Jadi, bincanglah betul-betul dan minta dia bayar.
Selepas ini, jika sepupu Akim ingin meminjam duit lagi, Akim haruslah menolaknya kerana enggan kejadian sama berulang lagi.
Ingat ya Akim, jaga hati Akim sendiri dan berpegang dengan pepatah 'buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #PM Tepi Kak Gee
;