Laman Utama

#PMTepiKakGee : Jiran Rebut Parkir, Nak Halang Takut Kena Calar!

Hanafis Haris
15/09/2020
14:41 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Jiran Rebut Parkir, Nak Halang Takut Kena Calar!
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Mona je.
Saya tengah geram sangat ni dengan jiran saya yang berperangai gila.
Masalahnya sekarang dia kerap sangat parkir kereta depan rumah saya.
Padahal tempat tu bukan area rumah dia pun, memang dah masuk kawasan rumah saya ye.
Paling buat darah saya ‘mendidih’ bila sanggup letak baldi dekat kawasan tu semata-mata nak ‘chop’ tempat.
Sebelum saya amuk, apa perlu saya buat Kak Gee?
Kalau lebih-lebih risau pula kereta saya dicalarkan!
Jawapan:
Hi Mona, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.
Sudah lama rasanya tak dengar isu berkaitan dengan jiran. Tambahan pula jiran yang tak dengar cakap, degil ni!
Bagi Kak Gee senang je konsepnya, jika itu kawasan rumah anda, situ saja lah area milik anda.
Namun, sekiranya masih berdegil Kak Gee sarankan Mona letak saja signboard ‘no parking’ di hadapan rumah.
Jika masih degil, letak lah pasu atau tanam pokok supaya ada alasan yang lebih kukuh.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar