Hiburan

#PMTepiKakGee: Tak Bertegur Sapa Dengan Abang Lebih 7 Tahun? Ini Kisah Dilema Anak Bongsu!

Gempak Spot (GSpot)
29/04/2020
11:10 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: Tak Bertegur Sapa Dengan Abang Lebih 7 Tahun? Ini Kisah Dilema Anak Bongsu!
SOALAN
Salam Kak Gee, boleh panggil saya mamat dan berusia 27 tahun.
Sebenarnya saya segan tapi sebab masalah ni dah lama saya nak luahkan pada Kak Gee.
Macam ni, saya dan abang saya dah lama tak bertegur sapa, lebih kurang 7 tahun jugak.
Puncanya abang tak puas hati apabila mak selalu lebihkan saya sebab saya anak bongsu.
Bila dah lama pendam, last-last masing-masing meletup bergaduh besar sampai ayah dan mak pun menangis je tengok perangai kami.
Tapi itu waktu kami budak hingusan lagi, now masing-masing dah besar, kerja dan ada life sendiri.
Masalahnya, kami langsung tak bertegur sapa sampai sekarang. Kalau terserempak waktu balik kampung ketat je mukanya.
Hilang mood saya nak buat first move.
Macam mana ni Kak Gee? Takkan nak tunggu mak ayah saya dah tak ada baru kami nak bermaaf?
JAWAPAN
Walaikumsalam Mamat,
Firstly terima kasih sebab percayakan Kak Gee dan PM Tepi Kak Gee untuk berkongsi masalah.
Apapun Kak Gee just nak bagitahu yang akak pun pernah alami situasi yang sama, cuma tempoh masam muka tu tidaklah lama dibandingkan dengan Mamat.
Apa yang Kak Gee nampak, Mamat now dah memasuki fasa untuk menjadi individu yang lebih matang.
Bila kita ready untuk melepaskan ego dan memaafkan orang, maka kita sudah matang.
Nasihat Kak Gee, cuba cari masa yang sesuai untuk bertemu dengan abang.
Mamat kena faham betul-betul situasi yang sesuai, masa yang tepat dan keadaan emosi abang ketika itu.
Jangan pula nampak dia tengah stress baru nak ajak berbincang.
Selain itu, Mamat juga boleh minta pandangan dan pertolongan daripada mak ayah.
Tanya mereka pernah tak abang bangkitkan kembali isu ini dengan mereka? Pernah tak abang suarakan hasrat untuk berbaik?
Jika ada, maka mudahlah bagi Mamat kerana abang juga sudah terdetik. Dua-dua dah matang!
Bagi Kak Gee, adakalanya pergaduhan itu berlaku ketika masing-masing tidak dapat fikir secara rasional. Bila tengah marah habis semua ayat pedas keluar.
Ketika ini, ada baiknya Mamat dan abang fikirkan tentang mak ayah. Usia mereka pun dah lanjut, pastinya mereka nak lihat kedua-dua anak lelaki mereka berbaik.
Mungkin ayat ini agak klishe, namun air dicincang tak akan putus bukan?
Ambil lah peluang di bulan mulia ini untuk bermaaf-maafan. Salam Ramadan dan selamat menjalani ibadah puasa!
Itu permasalahan keluarga Man, bagaimana pula dengan keluarga Narendra? Jangan lupa saksikan Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (NKCTHI) bermula 23 April di Astro First saluran 480 dan On Demand.
NKCTHI menceritakan tentang kehidupan keluarga Narendra yang mempunyai tiga orang anak iaitu Angkasa, Aurora dan Awan.
Filem popular Indonesia ini menyaksikan gabungan kerjasama Astro Shaw bersama penerbit yang sering memenangi anugerah utama di Indonesia, Visinema Pictures yang juga merupakan penerbit filem animasi terkenal Indonesia, NUSSA, bersama IDN Media, Blibli.com serta XRM Media.
Apapun, jangan lupa untuk menyaksikan NKCTHI di Astro First saluran 480 dan On Demand bermula 23 April.
Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem NKCTHI, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar