Laman Utama
Pokok Krismas Hempap Pelancong Singapura, Pavilion KL Mohon Maaf!
Pavilion KL dalam satu kenyataan di laman Facebook rasmi tampil membuat permohonan maaf pada Selasa.
Hal itu susulan daripada insiden dahan dari pokok Krismas menghempap kepala salah seorang pengunjung difahamkan warga Singapura.
"Kami menyatakan kekesalan atas insiden yang berlaku pada tengah hari hari ini (25 Disember) di mana dahan pokok Krismas tumbang dan terkena pengunjung.
"Pasukan perubatan dan keselamatan kami segera bertindak balas, menemani pengunjung ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera.
"Pengunjung dilaporkan mengalami luka kecil dan menghargai tindakan segera daripada pihak pengurusan. Kami sedang berkomunikasi dengan dia dan keluarganya untuk memastikan kesejahteraannya," tulis kenyataan itu.
Pihak Pavilion KL turut mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
“Pokok Krismas itu telah dipagar demi keselamatan semua pembeli. Pemeriksaan menyeluruh akan dijalankan ke atas semua hiasan untuk memastikan keselamatan dan integritinya," tambah kenyataan itu lagi.
Untuk rekod, mangsa dari Singapura ini tidak menyangka bahawa sambutan perayaan Krismas beliau bertukar trauma selepas hiasan pokok Krismas yang tergantung di atas mereka jatuh tepat di atas kepala di Pavilion KL.