Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Polis Dipecat Sibuk Kejar Pokemon Bukan Tangkap Pencuri

Maliah Surip 12/01/2022 | 15:20 MYT

Dua anggota polis di Los Angeles dipecat selepas didapati bersalah apabila sibuk mengejar Pokemon berbanding menyelesaikan sebuah kes rompakan.

Bukti kegagalan dua anggota tersebut menjalankan tanggungjawab mereka sebagai polis terbongkar melalui dokumen yang dibentangkan di dalam mahkamah.

Menurut laporan BBC, kedua anggota polis tersebut telah menghentikan kereta di tepi jalan sewaktu menerima laporan mengenai sebuah kejadian rompakan kedai.

Namun, menerusi rakaman kamera dari dalam kenderaan, kedua duanya didapati leka mengejar Pokemon Go sebelum memilih untuk meneruskan ‘pencarian’ di kawasan terdekat.

Mereka sebaliknya mengatakan tidak mendengar ‘permintaan’ untuk memberi bantuan terhadap kes rompakan yang perlu diselesaikan.

Sewaktu ‘tertangkap’ keduanya menafikan hal tersebut namun mengaku selepas sesi soal siasat dijalankan. Malah, permohonan menyingkirkan kes tersebut juga ditolak.

“Selepas tidak mengendahkan laporan yang dibuat oleh rakannya menerusi radiocar, mereka terus berbincang tentang Pokemon dan lokasi di mana permainan tersebut berada selama lebih 20 minit,” jelas kenyataan tersebut.

Akhirnya, dua anggota iaitu Louis Lozano dan Eric Mitchell yang telah berkhidmat sebagai anggota polis sejak tahun 2017 itu dipecat.

Kredit Foto: Getty Images

#Jenayah #Polis #Pokemon #Game #Pecat #“Los #Angeles”
;