Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Polis Pengiring Ikut Peraturan, Bunyikan Siren Kecemasan

Gempak 28/07/2022 | 03:25 MYT

Polis pengiring yang mengiringi dua trak tunda dan sebuah pikap memotong di garisan berkembar sudah mengikut peraturan ditetapkan.

Sebelum ini, tular di media sosial kejadian kenderaan pengiring memotong di garisan berkembar dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu.
Video berdurasi 11 saat itu memaparkan sebuah kenderaan polis pengiring memotong di garisan berkembar sehingga hampir mengakibatkan nahas.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kenderaan berkenaan juga sudah memberi amaran dan peringatan dengan membunyikan siren dan lampu kecemasan kepada pengguna jalan raya.
Menurut beliau, pengguna jalan raya perlu memberi kerjasama dengan memberi laluan atau berhenti bagi mengelakkan keadaan tidak diingini.
"Sebenarnya berlaku kekeliruan dalam kalangan orang ramai.
"Kenderaan pengiring ada peraturan dan mereka tidak boleh berhenti sewenang-wenangnya kerana sudah memberi siren dan amaran kepada pengguna jalan raya,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, pada Rabu.
Tambah beliau, pergerakan kereta pengiring terbabit mengikut Seksyen 21 Akta Polis 1967 iaitu tugas di jalan awam.
Sumber: Sinar Harian

#Viral #Kelantan #Polis #Jalan #Gua Musang #Polis Pengiring #Siren #Trak Tunda
;