Hiburan
Polis Sahkan Rakan Baik Sulli, Goo Hara Ditemui Mati Di Rumah
Pelakon dan bekas anggota kumpulan K-Pop KARA, Goo Hara ditemui mati di rumahnya petang Ahad.
Mayat Hara ditemui oleh kenalannya dikediaman yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul, Korea sebelum bertindak menghubungi talian kecemasan.
Berita kematiannya itu juga disahkan oleh pihak polis menerusi satu kenyataan.
“Kami menerima laporan pada 24 November, jam 6:30 petang berkenaan dengan kes kematian. Buat masa ini kami sedang menyiasat punca kematian tersebut,” - Jabatan Polis Gangnam.
Terdahulu, Hara pernah mengejutkan industri hiburan Korea selepas membuat percubaan membunuh diri pada Mei lalu.
Bagaimanapun sempat diselamatkan oleh tindakan pantas pengurusnya yang berjaya menemui Hara dalam sebuah bilik dipenuhi dengan asap dan terus menghubungi talian kecemasan.
Goo Hara sebelum ini mempunyai masalah dengan bekas teman lelaki sehingga memberikan kesan kepada dirinya sejak tahun lalu.
Hara dan teman lelakinya juga pernah bertengkar dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan wanita itu mengalami kecederaan yang agak teruk.
Sumber: Koreaboo, Soompi