Laman Utama

Polis Sentri Versi Online,Team Pencuri Mampu Ke Kalahkan Team Polis?

Gempak
18/07/2021
10:50 MYT
Sponsor Banner
Polis Sentri Versi Online,Team Pencuri Mampu Ke Kalahkan Team Polis?
Permainan tradisional yang cukup popular dalam kalangan kanak-kanak Malaysia era 80-an dan 90-an yang berkonsepkan polis dan pencuri, Police Sentri kini dibawa dalam versi atas talian.
Syarikat e-sukan tanah air, Todak Studios dengan bangga melancarkan permainan dalam talian, Police Sentri yang bakal mengembalikan kenangan kepada permainan zaman kanak-kanak itu.
"Kita tahu generasi baru hari ini suka bermain dengan peranti dan kita tak nak permainan itu terus dilupakan sebab 'Police Sentri' ini agak unik, tetapi kalau nak ajar kanak-kanak sekarang pun tidak sesuai kerana situasi pandemik COVID-19, jadi kita bawa ke dalam talian.
"Permainan ini mudah kerana kita memang nak tarik minat-kanak-kanak dan kita nak masuk dalam mobile gaming," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Todak Studios, Ahmad Fadli Ahmad Dahlan dalam majlis pelancaran menerusi lintas langsung di Facebook, lapor BERNAMA.
Sementara itu Pengasas Todak Studios, Khairul Azlan Zainal Ariffin yang dikenali sebagai Lan Todak berkata permainan itu disiapkan oleh pasukannya dalam keadaan yang sangat mencabar, dengan semua pekerja perlu bekerja dari rumah dan menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Beliau turut berharap permainan ini akan menjadi satu titik permulaan kepada pasukannya menghasilkan lebih banyak permainan dalam talian pada masa akan datang.
Police Sentri, secara dasarnya dimainkan secara dalam talian dengan seramai 10 pemain dibahagikan kepada dua pasukan iaitu untuk menjadi polis dan pencuri.
Sama seperti zaman kanak-kanak, pasukan polis perlu menangkap semua pencuri dan diletakkan ke dalam penjara manakala pencuri harus melarikan diri atau memegang beg berisi wang yang dicuri daripada polis sehingga waktu tamat untuk memenangi permainan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar