Laman Utama
Pop Anytime! Scha Alyahya Akui Proses Kehamilan Anak Kedua Berbeza - "Kena Beberapa Kali Pedih Ulu Hati & Reflux Asid ..."
Pelakon dan pengacara Scha Alyahya, 38, kini sedang menunggu saat kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bila-bila masa sahaja.
Berkongsi pengalamannya, Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya akui perjalanan kali sangat berbeza berbanding kehamilan yang pertama.
Isteri kepada pengacara Awal Ashaari ini menyatakan dia mengalami pedih ulu hati dan reflux asid yang membuatkan dirinya berasa lemah sehingga sekarang.
"Insya-Allah baby akan lahir bila-bila masa harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya berasa sangat bersedia untuk kehamilan kedua saya.
"Untuk mengatakan bahawa ia berbeza dengan kehamilan pertama adalah sesuatu kenyataan yang tidak jelas. Saya tak jangka keletihan ini memberi kesan kepada diri saya dan saya mahu ia berlalu dengan cepat.
"Kena beberapa kali pedih ulu hati dan reflux asid yang saya perlu hadapi setiap hari menjadikan diri saya lemah sehingga hari ini.
"Tidak seperti kehamilan pertama saya, ia sangat mudah cuma trimester pertama saja mencabar," tulisnya di Instagram (IG).
Dalam pada itu, pelakon drama Isteri vs Tunang turut memohon doa dari orang ramai untuk kesejahteraan keluarganya.
"Baby pula sihat, terbesar pula dalam perut ini. Tidak ada dua kehamilan yang serupa tetapi mereka berdua luar biasa dengan cara tersendiri!
"Doakan yang terbaik untuk saya dan keluarga. Insya-Allah kami akan kongsi berita dengan anda tidak lama lagi," tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG) itu, Scha turut berkongsi foto hasil photoshoot yang menampakkan baby bump.
Di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat mendoakan agar urusan Scha berjalan dengan lancar.
"@erniezakri: Amin! Awak nampak sangat cantik! Moga dipermudahkan segalanya, aamin!
"@uyainaarshad: Cantiknya. Dan saya doakan agar proses bersalin berjalan lancar! Bismillah!!
"@adrianaadnan: Semoga Allah permudahkan segalanya untuk awak. Amin," antara komen-komen ditulis.
Terdahulu, Scha dan Awal mendirikan rumah tangga pada tahun 2012. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.