Laman Utama

#PopCornTime: Misi ‘Melawan’ Matahari Diteruskan! Into The Night Musim Ke-2 Lagi Best Atau Disaster?

Hanafis Haris
16/09/2021
13:42 MYT
Sponsor Banner
#PopCornTime: Misi ‘Melawan’ Matahari Diteruskan! Into The Night Musim Ke-2 Lagi Best Atau Disaster?

Drama sci-fi thriller, Into The Night pernah mencetuskan fenomena sekitar dua tahun lalu apabila menggunakan matahari sebagai subjek utamanya.

Populasi manusia hampir pupus apabila ramai yang maut selepas terkena sinaran cahaya matahari.

Jalan terbaik adalah berlindung atau lari daripada sinaran tersebut dan kini perjalanan sebahagian manusia diteruskan pada musim kedua.

Penulis sempat menontonnya pada minggu lalu dan ini antara ulasan Into The Night musim kedua.

Sarat Dengan Watak Baru, Jangan Keliru!

Drama ini terus dimulakan dengan memaparkan kehidupan ‘baru’ watak-watak sedia ada yang terselamat pada musim pertama.

Walaubagaimanapun, mereka kini terpaksa hidup bersama sekumpulan tentera yang mendiami sebuah bunker.

Ketika inilah pelbagai watak baru diperkenalkan, sekali gus menjadikan drama ini lebih besar skalanya.

Berbeza dengan musim pertama, penambahan watak yang lebih ramai boleh membuatkan sesetengah penonton keliru.

Malah, ada juga yang merungut mereka tidak merasai ‘connection’ pada watak-watak ini ketika menonton musim pertama.

Ya penulis akui, itu antara kekurangan Into The Night kali ini, namun mungkin pengarah mahu penonton melihat sisi yang berbeza untuk musim kedua.

Matahari Bukanlah Satu-Satunya Masalah!

Satu perkara menarik tentang, siri ini bijak memainkan perasaan penonton.

Itu DNA utama untuk menggerakkan sesebuah drama supaya momentumnya terus kekal di atas.

Terus terang, episod awal saja sudah membuat penulis geram dan ‘annoying’ dengan beberapa watak termasuklah Dominik sendiri.

Tidak cukup dengan itu, muncul pula satu persatu watak yang mula menunjukkan ‘true color’ sebenar mereka.

Hasilnya, menonton drama ini akan meninggalkan perasaan dendam, kebencian dan geram terhadap sesetengah watak.

Itu tidak termasuk lagi satu watak yang muncul pada akhir episod. Kesabaran penulis sudah dihujung tanduk ketika ini, geram!

Plot Tersusun Tidak Mengelirukan

Biarpun agak ‘lambat panas’, plot drama siri ini boleh dikatakan tersusun kerana setiap episod akan diselang seli dengan persoalan dan jawapan.

Jika anda tertanya apakah punca watak itu bersikap pelik pada episod kedua, mungkin jawapan itu akan dirungkaikan pada episod tiga.

Drama ini tidak mengelirukan, namun anda perlulah sentiasa fokus pada setiap episod terutamanya pada episod-episod terakhir yang menimbulkan banyak persoalan.

Persoalan yang mungkin terjawab pada tahun hadapan.

Lakonan Meyakinkan

Rasanya isu lakonan tidak perlu timbul dalam drama sehebat ini kerana semuanya membawa watak dengan cukup baik termasuklah Dominik sendiri.

Melakonkan watak kanak-kanak yang memerlukan bantuan pernafasan pastinya bukan perkara mudah.

Watak Gerado sebagai wakil kedutaan diplomatik juga sangat ‘interesting’ kerana sukar untuk membaca fikirannya. Adakah dia di pihak tentera atau sebaliknya.

Kekurangan yang ketara adalah pada watak Sylvie yang sebelum ini diangkat menjadi hero pada musim pertama.

Untuk musim kedua, dia boleh dianggap tempelan sahaja. Tiada istimewa tentang watak Sylvie kali ini.

Apapun drama ini wajib ditonton kerana menampilkan jalan cerita yang segar dan unik serta tidak klishe.

Musim kedua ini pada pengamatan penulis lebih menarik kerana ia lebih ‘intense’ dengan watak yang pelbagai.

Pun begitu, penulis juga akui watak-watak kali ini tidak sekuat pada musim pertama.

Selain itu, tempoh yang agak lama untuk menantikan kesinambungan siri ini juga satu penyeksaan.

Rating Gempak 8/10

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar