Laman Utama
Positif Covid-19, Ayda Jebat Pesan Jangan Ambil Mudah Sakit Tekak – “Saya Tiada Simptom Teruk Tapi…”
Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat mengesahkan dirinya telah dijangkiti COVID-19.
Ayda memohon agar sesiapa yang berjumpa dengannya menjalani ujian calitan kerana turut berjangkit.
"Positif hari ini. Siapa yang jumpa dengan saya terutama sekali semalam, jalanilah ujian calitan hari ini atau dalam dua tiga hari lagi. Maaf sangat," katanya.
Penyanyi lagu Parah Parah itu berkongsi berita duka itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran yang sama dia memuat naik foto keputusan ujian calitannya.
Bagaimanapun, kata Ayda, dia tidak mengalami sebarang simptom, sebaliknya hanya mengalami sakit tekak.
"Saya tidak ada simptom teruk. Sakit tekak sahaja, jadi tolonglah kepada sesiapa yang sakit tekak, jangan tunggu-tunggu atau biarkan. Ingat sakit tekak, buat ujian calitan terus," nasihatnya kepada pengikut dalam laman sosial.
Hantaran berkenaan ternyata mendapat perhatian bukan sahaja peminat, malah teman selebriti tidak ketinggalan mendoakan agar penyanyi dan pelakon itu segera sembuh.
Sementara itu, Ayda dilihat meluahkan kesedihan di IG apabila terpaksa berpisah dengan anak tunggalnya, Ana Nayla yang berusia dua tahun.
“Rindukan anak saya…”tulisnya.
Sekadar info Ayda yang mendirikan rumah tangga dengan pengacara Nabil Mahir itu dikurniakan seorang cahaya mata Ana Nayla berusia dua tahun.