Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Potensi Sebar Virus Ketika Bersin & Batuk, Pelitup Muka Plastik Tidak berkesan Cegah COVID-19

Hanafis Haris 02/09/2020 | 19:24 MYT

Kajian mendapati pesakit COVID-19 yang memakai pelindung muka plastik atau topeng yang dilengkapi dengan injap berpotensi menyebarkan virus ke kawasan yang sangat luas sewaktu bersin atau batuk.

Ini sekaligus menjadikan alat tersebut tidak berkesan untuk mencegah penyebaran COVID-19 jika digunakan tanpa pelitup mulut dan hidung biasa.

Menerusi laporan Astro Awani, pendedahan tersebut dibuat hasil daripada kajian Florida Atlantic University.

Menerusi kajian berkenaan, pihak penyelidik menggunakan kepingan laser menegak dan mendatar untuk mengesan titisan kecil air suling dan gliserin pada anak patung (mannequin) yang dipakaikan dengan pelindung muka plastik atau topeng dengan injap pernafasan.

"Pelindung muka ini pada awalnya menyekat jalan keluar titisan air, tetapi bukan sepenuhnya kerana ia dapat bergerak di sekitar visor dengan mudah dan tersebar," kata para penyelidik.

Sementara itu, bagi topeng yang dipasang dengan injap untuk memudahkan pernafasan, titisan akan melalui injap yang tidak dilengkapi dengan filter dan tersebar.

Penyelidik akhirnya membuat kesimpulan bahawa di sebalik keselesaan yang ditawarkan oleh kedua-dua jenis pelitup muka ini, pelitup muka dari jenis kain berkualiti tinggi atau topeng perubatan (medical mask) lebih berkesan dalam membantu mencegah penyebaran virus.

Sumber : Astro Awani

#Covid19 #Mask
;