Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Potong Rambut Pendek? Amir Masdi Tak Ready! - “Saya Tak Boleh Lari Dari Imej..”

Azwa Rahman 24/02/2022 | 08:48 MYT
Penyanyi Amir Masdi mengakui belum bersedia untuk mengubah imejnya daripada seorang yang berambut panjang kepada rambut pendek.
Menurut Amir atau nama lengkapnya Amir Syazwan Masdi, 26, dia cuba untuk mempelbagaikan gaya rambut panjangmya supaya nampak perubahan dalam setiap karya barunya.
“Saya belum ready nak potong rambut yang betul-betul pendek. Kalau sekadar trim untuk nak nampakkan dia fresh, tu okay je.
“Saya pun sekarang ada warnakan rambut jadi itu adalah salah satu step untuk saya nak nampak lain sikit la lepas ni. Takdelah rambut panjang semata-mata kan,” ujarnya ketika ditemubual.
Amir ditemui bersama Dayang Nurfaizah menerusi sesi temu bual pelancaran secara maya lagu terbaru hasil kolaborasi mereka berjudul Debu pada Selasa.
Tambah anak kelahiran Selangor ini lagi, penampilannya yang sering mengenakan aksesori, jaket dan berambut panjang itu juga sudah sebati dengannya yang berimej rock.
“Kalau dari segi imej, saya memang akan bertukar setiap musim. Ada musim yang saya akan pakai macam ni, ada musim yang saya akan menggayakan imej macam tu.
“Walau macam mana pun, saya tak boleh nak lari dari imej rock sebab itulah saya daripada dulu,” katanya lagi.
Sekadar info, lagu duetnya bersama Dayang berjudul Debu itu merupakan karya ciptaan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim.
#Amir Masdi #Rambut Panjang #Single Debu
;