#PrayForFatimah: Ibu Fatimah The Family UK Kongsi Fenomena Pelik Sejam Sebelum Prosedur Biopsi - "Mungkin Semuanya Hanyalah Kebetulan..."
Satu fenomena pelik berlaku satu jam sebelum personaliti media sosial cilik, Fatimah ‘The Family UK’ ditidurkan untuk prosedur biopsi.
Berlaku Fenomena Pelik
Menerusi hantaran yang dibuat oleh akaun rasmi keluarga itu sendiri, dapat dilihat fenomena sekawan burung berterbangan di luar hospital, yang ditafsirkan oleh ibu Fatimah seolah-olah mendoakan kesihatan influencer cilik tersebut.
"Seorang ibu tidak akan pernah putus berdoa...
Pada penghujung coretan, ibu kepada Fatimah beranggapan mungkin fenomena itu berlaku hanya dasar kebetulan, namun dirinya tidak pernah putus berdoa untuk anaknya itu kembali sihat seperti biasa.
BERITA TRENDING: Pendarahan Fatimah ‘The Family UK’ Berhenti Secara Tiba-Tiba, Keluarga Luah Rasa Syukur
Pada 24 Mei lalu melaporkan Fatimah sudah menunjukkan perkembangan positif selepas pendarahan yang dialaminya selama lapan hari berhenti secara tiba-tiba, dua jam sebelum ditidurkan.
Bagaimanapun kanak-kanak berusia 10 tahun itu masih lagi dalam keadaan yang lemah dan sakit.
Fatimah yang kini dirawat di sebuah hospital di Birmingham, dilaporkan menghadapi masalah kesihatan sejak Ramadan.