Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Priyanka Chopra Menangis Dikritik Bentuk Badannya Tidak Layak Dicontohi

Maliah Surip 12/03/2023 | 14:50 MYT

Bintang Bollywood, Priyanka Chopra mengaku menangis kepada suaminya, Nick Jonas selepas mendapat kritikan mengenai bentuk tubuhnya.

Hal itu didedahkan Priyanka sewaktu muncul menjadi tetamu dalam temu bual bersama Ketua Amazon Studios, Jennifer Salke di pembukaan 2023 South by Southwest (SXSW) Film Festival.
Kata Priyanka dia baru mendapat kritikan mengenai tubuhnya sehari sebelum muncul dalam festival tersebut. Bentuk badan atau saiz Priyanka tidak layak menjadi contoh atau lambang kesempurnaan buat wanita lain.
“Saya telah mendengar banyak benda yang menyakitkan selama ini. Dalam dunia pekerjaan saya, malangnya ia tidak boleh ditonjolkan dengan jelas walaupun pada waktu yang sangat tegang,
“Macam semalam, seseorang datang kepada saya dan katakan saiz badan saya tidak sempurna.
“Ia satu pernyataan yang menyakitkan. Saya menangis kepada suami dan tim. Saya rasa sangat teruk dan berdepan kenyataan saiz badan saya tidak layak dicontohi.
“Tapi masalahnya, kebanyakan daripada kita memang tidak memilikinya kerana untuk mempunyai saiz badan sempurna adalah saiz 2,” luah Priyanka seperti dilaporkan People.com.
Tidak hanya itu, kata Priyanka dia kerap berdepan kritikan melampau sehingga menyinggung keluarganya apabila ada kenyataan yang dikeluarkan disalah faham.
“Kadang-kadang saya tidak dapat bayangkan mereka terlupa bahawa kami juga hanya manusia biasa. Ia sangat tidak masuk akal,” katanya yang baru muncul dengan naskhah aksi berjudul Citadel bersama Citadel, Richard Madden.

#Priyanka Chopra #Bollywood #Menangis #Nick Jonas
;