Laman Utama

Projek: Anchor SPM - Hilmi Makin Popular Sampai Gaya Rambut ‘Belah Tengah’ Pun Peminat Follow!

Hanafis Haris
28/04/2021
06:25 MYT
Sponsor Banner
Projek: Anchor SPM - Hilmi Makin Popular Sampai Gaya Rambut ‘Belah Tengah’ Pun Peminat Follow!

Kehadiran drama premium terbitan Astro Originals, Projek: Anchor SPM nampak gayanya telah memberi impak dan kesan besar terhadap penonton.

Terbaru, ramai yang mula menyukai watak Hilmi lakonan Nadhir Nasar biarpun karakter berkenaan menjadi antara paling dibenci oleh sesetengah penonton.

Buktinya, ada segelintir peminat yang meniru gaya rambut ‘belah tengah’ ketua pelajar berkenaan.

Menerusi beberapa posting di Instagram Story milik Nadhir, ada yang memuat naik gambar mereka menggayakan rambut tersebut.

Malah, ada yang ke kedai gunting rambut untuk menggayakan trend berkenaan.

Berikut merupakan antara posting daripada peminat Hilmi.

Apapun jangan lupa saksikan Projek: Anchor SPM episod akhir Isnin depan jam 9 malam di Astro Citra.

Sebagai alternatif dan jika terlepas menonton, anda juga boleh saksikan Projek: Anchor SPM platform Astro GO atau On Demand.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar