Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Projek Anchor SPM, RASN Sumbang Rekod Ramadan dan Raya Astro, Terima Kasih Penonton!

Maliah Surip 13/07/2021 | 02:20 MYT
Astro mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan peminat untuk program-program hiburan Ramadan dan Raya, apabila merekodkan sejumlah 94 peratus penonton berbangsa Melayu menonton saluran-saluran Melayu pada musim perayaan lalu.
Pandemik yang melanda negara dilihat telah membataskan sebarang aktiviti ziarah menziarahi, namun Astro tetap berjaya menghiburkan penontonnya dengan menawarkan pelbagai sajian menarik melebihi 370 program istimewa merentasi setiap platform utama, menerusi kempen lebaran tahun ini, ‘Buka Lembaran Baharu’.
Jumlah tontonan program Ramadan dan Raya Astro (‘RARA’) di platform On Demand merekodkan pertumbuhan yang cukup positif, dengan hampir 7 juta judul distrim menerusi Kotak Astro (televisyen) dan Astro GO. Jumlah ini merupakan kenaikan sebanyak 518% dari tahun sebelumnya kerana jelas dapat dilihat penonton memilih untuk menonton secara ‘binge watch’ (secara berterusan) atau menonton semula program-program kegemaran masing-masing.
Dalam pada itu, kadar tontonan menerusi peranti mudah alih di Astro GO terus mencatatkan kenaikan apabila menerima lebih 65 ribu pendaftaran baharu sepanjang musim perayaan yang lalu.
Drama Rindu Awak Separuh Nyawa (RASN) berjaya merekodkan jumlah tontonan TV tertinggi sebanyak 2.5 juta seterusnya menjadikan ia Drama No. 1 pilihan rakyat Malaysia, dan sejumlah 4.8 juta episod di strim di Kotak Astro dan platform Astro GO.
Turut menyumbang kepada kejayaan RaRa adalah karya Projek: Anchor SPM yang telah memenangi hati penonton generasi muda yang lebih terarah kepada platform digital menerusi jalan penceritaannya yang tampil berani dan segar.
Siri premium ini merekodkan sejumlah 616 ribu tontonan TV, 1.1 juta episod telah distrim, 123 juta tontonan video di TikTok dan sebanyak 139 juta capaian merentasi platform media sosial.
Sementara itu, Sepahtu Reunion masih lagi menjadi pilihan No. 1 peminat komedi tanah air, yang mana episod AL Raya merekodkan sejumlah 870 ribu tontonan TV dengan 2 juta episod distrim: manakala edisi AL Puasa pula mencatatkan sejumlah 858 ribu tontonan TV dan 390 ribu episod telah distrim peminat.
Mega Raya Ria, program Raya Astro yang bersiaran secara langsung telah menghiburkan penonton dari malam Raya sehinggalah ke hari ke-empat Raya. Program istimewa ini telah mencatatkan sejumlah 610 ribu tontonan.
Tidak ketinggalan, Singkap Sebalik Tingkap, video komersial Raya Astro berjaya memenangi hati penonton dengan kisahnya yang menyentuh hati. Ia telah merekodkan sejumlah 4.8 juta tontonan di platform digital dan berada di kedudukan kesepuluh yang teratas (‘Expert Choice Awards’) untuk video-video terbaik musim Aidilfitri 2021, anjuran MARKETING Magazine, sebuah portal pemasaran komunikasi industri negara.
Astro juga berkolaborasi dengan McDeliivery, ‘Berbakti’ untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara (frontliners) dengan melibatkan bakat-bakat ‘on-air’ Astro; Barisan penyampai radio Astro bersama petugas McDelivery menghantar juadah berbuka puasa, barangan keperluan harian dan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 10 keluarga asnaf di bawah program ‘Ziarah Ramadan’ yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Penyanyi dan pengacara popular negara, Alif Satar dan petugas McDelivery menyampaikan sejumlah 1,000 juadah makanan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka dalam menjaga keselamatan negara.
Terima kasih pelanggan, teruskan setia bersama Astro!
#Astro #SepahTu #Ramadan #Raya #RASN #Projek Anchor SPM #RaRa
;