Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

‘Projek : High Council’ Tampil Sisi Berbeza Naim Daniel - “Saya Paling Pemalas Nak Baca Skrip Tapi…”

Asyikin Mayudin 17/01/2023 | 12:55 MYT

Lebih 15 tahun dalam dunia lakonan, pelakon Naim Daniel mengakui dia sebenarnya paling tidak gemar untuk membaca skrip.

Namun, buat pertama kali Naim mengulang kaji skrip dan dialog setiap pelakon dalam drama siri terbaharu Projek : High Council.

“Sebelum ini, saya tak pernah baca skrip… sebab saya paling pemalas baca skrip. Tapi untuk drama ini, pertama kali saya terbuka skrip dan belek satu persatu dialog semua orang.

“Saya baca, dan siap tulis karakter hari ini kena buat macam mana. Sepanjang saya dalam dunia lakonan, memang ini kali pertama saya betul-betul baca skrip.

“Sebelum ini, kalau mama teman pergi set, mama yang tolong bacakan. Tak pun, bila dapat brief di set barulah buat. Kali ini saya letakkan heart and soul,” katanya kepada Gempak.

Naim ditemui ketika sidang media dan tayangan episod pertama drama siri Astro Originals, Projek : High Council yang diadakan di DADI Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.

Projek : High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat iaitu Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin dan Hazeeq Dean.

Selain Naim, selebriti terkenal seperti Daiyan Trisha, Yusof Hashim, Sazzy Falak, Ben Tan, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof turut membintangi drama siri tersebut.

Saksikan High Council secara strim di Astro On Demand atau Astro GO bermula 14 Januari atau di saluran linear, Astro Citra saluran 108 bermula 23 Januari, setiap Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Naim Daniel #Naim #Projek High Council #Naim baca skrip #Naim Projek High Council
;