Laman Utama

PRU15: Dira Abu Zahar Minta BN Terima Hakikat Dah Kalah; “Jangan Hidup Dalam Sindrom Penafian!”

Shahrin Zulkifle
23/11/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
PRU15: Dira Abu Zahar Minta BN Terima Hakikat Dah Kalah; “Jangan Hidup Dalam Sindrom Penafian!”

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dira Abu Zahar mengingatkan seluruh ahli jawatankuasa dan penyokong parti Barisan Nasional (BN) unutuk menerima hakikat bahawa mereka telah kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU15) yang berlangsung minggu lalu.

Menerusi satu muat naik di IG Stories, pemilik nama penuh Khaidhirah Abu Zahar, 38, berkata kekalahan tersebut adalah perkara yang tidak boleh dinafikan selain berharap parti berkenaan untuk bangkit semula pada PRU akan datang.

“Terima betul-betul hakikat kita kalah, dan betul-betul terima hakikat kita perlu berubah dalam banyak hal dan segala aspek.

“Berani terima teguran yang baik dan belajarlah untuk belajar.

“Jangan hidup dalam sindrom penafian lagi. Dah kalah dah. Tapi teruskan berusaha untuk belajar dan belajar jadi lebih baik,” kongsinya.

Dalam masa sama, Dira turut berpesan agar UMNO dan BN untuk sedar daripada ‘mimpi’ agar mereka boleh kembali bangkit semula.

“Orang UMNO/BN jangan lagi hidup dalam mimpi kalau benar-benar mahu kebangkitan yang lebih gemilang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Lepas PRU14, kita sempat belajar kejap, lepas itu lupa balik. Sekarang PRU15, sekali lagi kita kena,” ujarnya.

Terdahulu keputusan PRU15 menyaksikan kekalahan BN apabila hanya berjaya memperoleh 30 kerusi Parlimen, jumlah tersebut sekali gus lebih rendah berbanding dicapai mereka pada PRU14.

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar