Laman Utama
PRU15: Eizlan Yusof Cuma Dapat 460 Undi, Hilang Deposit Di Sabak Bernam!
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof hilang wang deposit sebanyak RM10,000 selepas tewas di Parlimen Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Eizlan atau Idris Md Yusof, 51, yang mewakili parti Gabungan Tanah Air (GTA) di bawah Pejuang hanya mendapat 460 undian.
Kerusi parlimen itu dimenangi oleh Kalam Salam daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti sebanyak 5,056 undi.
Kalam secara keseluruhan mendapat 17,973 undi.
Dua lagi calon bertanding adalah Datuk Abd Rahman Bakri (Barisan Nasional) dengan 12,917 undi manakala Shamsul Maarif Ismail (Pakatan Harapan) mendapat 9,627 undi.
Sementara itu, Eizlan tetap komited untuk meneruskan khidmat dan bakti sebagai kumpulan pendesak.
"Saya adalah orang yang suka bekerja dan bukan hanya bercakap kosong.
"Saya akan terus mendesak wakil rakyat supaya menyelesaikan masalah berkenaan, selaras dengan tanda pagar #jomkitabuatkerja,” katanya.
Eizlan sebelum ini memberitahu tidak mahu memberi janji-janji kosong kepada rakyat, sebaliknya merasakan suara mereka lebih penting untuk di bawa ke Parlimen.
Pelakon ini juga sebelum ini membuat manifesto untuk mewujudkan jawatankuasa komuniti bagi membolehkan rakyat meluahkan masalah dan keperluan mereka.
Sumber: mStar