Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

PRU15: Kalah Di Sungai Buloh, KJ; "Penghormatan Terbesar Berkhidmat Sebagai Menteri Kesihatan Anda"

Amri Hassan 19/11/2022 | 18:55 MYT

Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin menerima kekalahannya kepada calon Pakatan Harapan, Datuk R. Ramanan.

"Terima kasih kepada pengundi P.107 Sungai Buloh. Saya telah berusaha sehabis baik.
"Tahniah kepada Datuk R. Ramanan. Selamat berkhidmat," katanya dalam kemas kini di media sosial.
Khairy juga menyifatkan khidmatnya sebagai Menteri Kesihatan sebagai penghormatan tertinggi.
"Terima kasih kepada rakyat Malaysia. Satu penghormatan terbesar dalam hidup saya untuk berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan anda semasa pandemik," tulis Khairy.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
R. Ramanan menang di kerusi Parlimen Sungai Buloh dengan 50,943 undi, manakala Khairy memperoleh 48,250 undi.

#Khairy Jamaluddin #PRU15 #Kalah #Sungai Buloh #R, Ramanan
;