Laman Utama
PRU15: “Maaf Atas Salah Silap Sepanjang Saya Menjalankan Tugas” - Maszlee Malik
Calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Maszlee Malik tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Hasni Muhammad bagi kerusi Parlimen Simpang Renggam pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menerusi kemas kini di Twitter, Maszlee mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah mengundinya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Simpang Renggam yang telah mengundi saya.
“Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya telah berikan yang terbaik untuk anda dan memohon maaf atas salah silap sepanjang saya menjalankan tugas. Terima kasih Simpang Renggam,” tulisnya.
Maszlee yang juga bekas Menteri Pendidikan itu memperoleh sebanyak 16,491 undi manakala Hasni meraih sebanyak 18,312 undi.Saya mengucapkan terima kasih kpd semua pengundi Simpang Renggam yang telah mengundi saya. Saya terima keputusan ini dengan hati yang terbuka. Saya telah berikan yg terbaik utk anda & memohon maaf atas salah silap sepanjang saya menjalankan tugas.Terima kasih Simpang Renggam ?— Maszlee Malik ??? (@maszlee) November 19, 2022
Hasni yang juga Pengerusi BN Johor menang dengan majoriti 1,821 undi.
Sementara itu, Calon Perikatan Nasional (PN), Fazrul Kamat memperoleh 9,077 undi manakala calon Parti Pejuang mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Kamal Kusmin dengan 251 undi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video