Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

PRU15: "No Anwar, No DAP, Saya Rela Dipecat” - Tetap Teguh Pendirian, Hishammuddin Tidak Mahu Kerjasama Dengan PH

Mya Amri 21/11/2022 | 04:18 MYT
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tetap dengan pendirian untuk tidak bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk satu kerajaan.

Calon Barisan Nasional Parlimen Sembrong itu menyatakan perkara itu dalam satu kenyataan di Facebook rasmi miliknya sebentar tadi.

Dalam kenyataan itu, Hishammuddin mengatakan beliau lebih rela dipecat dari berkerjasama dengan PH.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi - tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

“Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP - pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” tulisnya.

Walaupun baru sahaja berkongsi kenyataannya, hantaran itu telah dikongsi lebih 2,000 pengguna Facebook.

Terdahulu, BN termasuk UMNO yang bertanding di 178 kerusi Parlimen pada PRU15 mengalami kekalahan terburuknya sejak menyertai PRU, selepas gagal mempertahan banyak kerusi yang dimenangi mereka pada PRU14 lalu.

#Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein #Pakatan Harapan #PRU15 #BN #Barisan Nasional #PH #Datuk Seri Hishammuddin #Pendirian Teguh
;