Laman Utama
“PU, Dai & Ustazah Media Sosial Bukan Ikhlas Nak Tegur, Hanya Untuk Konten” - Baby Shima
Penyanyi kontroversi, Baby Shima melahirkan rasa setuju dengan pendapat seorang netizen yang mengkritik sikap segelintir agawan yang lantang menegur artis, tetapi tidak berbuat hal yang sama terhadap kelompok mereka sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan, individu berkenaan berkata yang sikap sesetengah agamawan tersebut sedikit sebanyak menyebabkan orang ramai mula menjauhi dan tidak menyukai agama.
Tambah individu berkenaan, jika seseorang itu ingin memberi nasihat, ia perlulah adil dan saksama kepada semua.
Sesiapa yang ingin memberi nasihat atau teguran, perlu adil kepada semua. Jangan memilih. Bukan hanya mencari kesalahan artis dan sebar-sebarkan dalam media sosial.
Dalam pada itu individu tersebut menambah, teguran boleh diberikan. Cuma ia janganlah berat sebelah kepada artis sahaja. Siapa pun status seseorang, tak kiralah artis atau tidak, tiada manusia yang sempurna.
Menerusi kapsyen, Baby Shima secara ringkas turut memberikan pandangannya terhadap kata-kata yang dikongsikan oleh individu berkenaan.
“PU, Dai dan ustazah media sosial bukan ikhlas nak menegur, hanya untuk konten supaya viral dan FYP,” tulisnya.
BACA: Dituduh Kantoi Bercium? Baby Shima Mahu Saman Netizen; “Bukti Dah Ada Dalam…
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!