Laman Utama

Pui Yi, Mark O’dea Umum Sudah Putus Cinta

Izwan Isa
21/08/2023
06:20 MYT
Sponsor Banner
Pui Yi, Mark O’dea Umum Sudah Putus Cinta
Pempengaruh (influencer), Pui Yi dan Mark O’dea mengumumkan yang mereka tidak lagi bergelar pasangan kekasih.
Pui Yi menerusi Instagram Story berkata, sungguhpun mereka sudah berpisah, namun, dia dan Mark masih lagi menjalin hubungan sebagai sahabat.
“Mark O’dea dan saya telah menamatkan hubungan kami yang berusia 1.8 tahun. Kami masih kekal sebagai sahabat. Terima kasih,” tulisnya.
Selain Pui Yi, Mark juga turut memuat naik mesej yang hampir serupa di Instagram Story miliknya.
“Selepas lebih setahun bercinta dan untuk kebaikan bersama, saya dan Pui Yi telah memutuskan untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.
“Kami telah mencipta momen dan memori yang indah bersama dan akan kekal sebagai sahabat,” katanya.
Sekitar Disember tahun lalu, Pui Yi mendedahkan yang dia sedang menjalin hubungan cinta dengan Mark.
Ketika itu, Pui Yi memuat naik video menyambut Hari Krismas bersama Mark di London, England.
BACA: Lancar Biasiswa Pendidikan RM4.3 Juta, Influencer Mahu Bantu Pelajar Tidak Berkemampuan​
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024