Laman Utama
"Pujian Itu Racun..." - Aina Abdul Tak Terlambung Dengan Kata-Kata Peminat
Penyanyi berbakat, Aina Abdul akui takut dengan netizen di media sosial.
Namun menurut Aina, dia berterima kasih kepada mereka kerana apapun yang diperkatakan, ia akan membantu perkembangan kerjayanya.
"Sebenarnya saya penakut, saya memang takut dengan netizen, tapi pada masa yang sama, saya berterima kasih kepada mereka.
"Kerana mereka telah membantu kerjaya saya, semakin lebih mereka membenci saya, kata saya macam ikan laga, Almond London dan sebagainya...lagi lah orang kenal saya, terima kasih untuk itu," katanya.
Aina berkata demikian ketika ditemui di sebuah rakaman program televisyen petang semalam.
Dalam pada itu, Aina juga tidak terlambung dengan pujian-pujian peminat terutamanya selepas bergelar naib juara di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) baru-baru ini.
Bagi penyanyi lagu Semalam ini, beristighfar dan mengingati Allah SWT adalah perkara yang harus dilakukan setiap kali menerima pujian.
"Saya selalu cakap dengan team saya, pujian itu racun, lagi banyak orang puji saya, lagilah saya kena istighfar dan ingat Allah SWT.
"Saya tak mahu pujian-pujian itu akhirnya memakan diri saya sendiri," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Aina bakal melancarkan lagu raya terbarunya pada 1 Ramadan ini, sama-sama kita nantikan!
#Netizen
#Lagu
#Kecam
#Aina Abdul
#Pujian
#Semalam
#Puji
#AJL35
#Aina Abdul AJL
#Aina Abdul Semalam
#Penyanyi Lagu Semalam
#Semalam Aina Abdul