Berita

Pukul Kekasih, Kangin Didesak Tinggalkan Super Junior

Rozaimi Zubaidi
20/11/2017
09:23 MYT
Sponsor Banner
Pukul Kekasih, Kangin Didesak Tinggalkan Super Junior
Anggota kumpulan Super Junior, Kangin didesak meninggalkan kumpulan itu kerana bertindak mengasari seorang wanita yang dipercayai sebagai kekasihnya.
Menurut laporan Allkpop, Kangin telah dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan diatas tindakan yang dilakukan itu.
Rata-rata peminat mengakui kecewa dengan tindakan yang dilakukan oleh Kangin dan berharap agar dia segera meninggalkan kumpulan Super Junior.
"Tolong jangan malukan Super Junior dengan tindakan itu dan berhenti rosakkan nama kumpulan kamu.
"Tindakan ini sangat memalukan dan boleh menjatuhkan reputasi anggota kumpulan yang lain.
"Jadi sila keluar dari kumpulan ini kerana kami tidak mahu perkara lebih teruk akan berlaku lagi nanti," kata sumber.
Menerusi satu kenyataan, pihak pengurusan Kangin, SM Entertainment menjelaskan masih menyiasat perkara itu.
Sumber: Allkpop
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar