Hiburan
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
YouTuber tersebut membuat tuntutan cerai daripada suaminya pada Januari 2024. Namun sehingga kini, Teuku Ryan masih bertahan dengan pendiriannya untuk tidak menceraikan wanita yang dinikahi dua tahun lalu.
Pada saat Teuku Ryan tidak mahu berganjak dengan keputusannya, Ria Ricis juga berbuat demikian.
Adik kepada pendakwah bebas Oki Setiana Dewi itu tetap mahu bercerai namun tidak pernah menjelaskan dengan terperinci punca dirinya meminta dilepaskan.
Namun punca Ria Ricis meminta cerai daripada suaminya dibongkar oleh bapa mentuanya, Rustam yang menjadi saksi dalam kes penceraian mereka.
BERITA TRENDING: Abang Ipar Dakwa Suami 18 Bulan Tak Sentuh Ria Ricis, Jadi Punca Cerai?
Di mahkamah, Rustam mengaku selalu mendengar rungutan daripada Ria Ricis mengenai sikap anak lelakinya yang lebih mementingkan teman berbanding memberi tumpuan kepada menantunya itu.
“Ria Ricis pernah mengadu Ryan suka melepak keluar minum kopi, lebih pentingkan temannya.
“Padahal pada waktu itu Ria sedang hamil. Bila saya telefon Ryan, dia beritahu keluar bersama kliennya,” ujar Rustam seperti dilaporkan Kompas.
Rustam juga mengatakan dia pernah menyuruh anaknya meminta maaf kepada Ria Ricis sebelum menantunya meminta cerai.
“Dalam apa hal pun saya tetap menyalahkan dia (Ryan). Dia sebagai ketua keluarga seharusnya dapat menyelesaikan masalah rumah tangga mereka jangan sampai bercerai,” kata Rustam tegas.