Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Pussycat Dolls Bukannya Penyanyi, Tetapi Kumpulan Pelacur - Kaya Jones

Rozaimi Zubaidi 17/10/2017 | 06:02 MYT
Bekas anggota Pussycat Dolls, Kaya Jones, mendedahkan bahawa dia berasakan bahawa hidup mereka sebagai satu kumpulan pelacur.
Menerusi Twitter miliknya, Kaya Jones,berkata, mereka diperdaya oleh pengurusan yang mengaut lebih keuntungan dan tidak mempedulikan kebajikan penyanyi.
“Sejujurnya, saya bukanlah dalam kumpulan penyanyi. Saya dalam kumpulan pelacur. Dan secara kebetulan, kami menyanyi dan terkenal. Sementara orang sekeliling yang menguruskan kami meraih keuntungan.
“Kenapa kami tidak melaporkannya? Kerana kami didera! Secara peribadi, saya sendiri telah diugut untuk tidak memberitahu atau karier saya akan dimusnahkan," tulisnya.
Tambah Kaya Jones, dia mengambil keputusan untuk keluar dari kumpulan pop Pussycat Dolls pada tahun 2005, sejurus selepas itu debut lagu mereka Don’t Cha mejadi hit, sekali gus merekodkan 54 juta jualan.
Dalam satu kenyataan, Jones mengesahkan bahawa apa yang diluahkan di laman sosial miliknya itu adalah benar.
Sementara itu, pengasas Pussycat Dolls, Robin Antin, yang juga bertindak sebagai koreografer, menafikan perkara itu dan menyifatkan dakwaan Jones tersebut suatu penipuan yang jelik dan mengarut.
Menurutnya, Jones sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti murahan gara-gara dia tidak pernah menjadi ahli rasmi Pussycat Dolls.
Pussycat Dolls memulakan kerjaya sebagai kumpulan penari burlesque pada tahun 1995, sebelum mereka menandatangani kontrak sebagai artis rakaman pada 2003.
Selepas Jones meninggalkan kumpulan berkenaan, Pussycat Dolls meneruskan karier selama lima tahun sebelum mengumumkan pembubaran pada 2010.
Sumber: Astro Awani
#Penyanyi #Penyanyi #Pussycat Dolls #Kaya Jones
;