Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Puteri Balqis Sedih, Mak Digelar Penagih, Pelacur! - "Saya Dipanggil Anj"ng, B*bi..."

Mya Amri 18/11/2023 | 07:39 MYT
Pelakon, Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah didakwa sebagai seorang penagih dadah oleh kru produksi sebelum ini.
Tidak hanya penagih dadah, ibunya juga turut digelar pelacur oleh mereka.
Pendedahan itu dibuat oleh Balqis menerusi beberapa hantaran di media sosial
“Mak, minggu ni kakak terima benda yang sama. Bertahun-tahun. ‘Mak dia penagih. Apesal mata mak dia rabak. Apesal mata mak dia berkilat. Mak dia lain macam. Mak dia pegi kedai depan rumah pun macam penagih. Anak dia bakal ikut mak dia penagih, kutip sampah"
“Sebab itu bila org tanya kakak, fear atau love? Kakak akan terus jawab fear, money and power. Mak selalu marah bila kakak jawab macam itu,” luahnya.
Jelas Balqis lagi, disebabkan pengalaman pahit yang dilaluinya itulah membuatkan dia nekad untuk berkongsi dan bakal mengeluarkan buku puisi.
“Mak, di dunia mereka, kakak perlukan fear, money and power untuk lawan mereka, dan pada sebuah dunia yang jauh berbeza, inilah cinta dan kasih kakak buat mak.
“Lalu kakak tulis ayat-ayat ini untuk mak. Kakak bakal jadikan tulisan ini sebuah buku puisi, lambang kenangan pengorbanan mak kepada kakak.
“Dengarkan tulisan dari anakmu, mak. Apa dan mengapa. I will grow up to be a wonderful person, even without any protection and love. That's my promise to you,” tulisnya.
Baca pendedahan penuh Balqis di bawah:

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

#Puteri Balqis #Ibu #Sedih #pelacur #Luahan #Penagih
;