Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Puteri Sarah Bawa Anak-Anak Bercuti Di Pulau Pinang Bersama Keluarga Mentua - “Saya Tetap Beraya Dengan Mereka”

Asyikin Mayudin 11/04/2024 | 01:55 MYT

Meskipun sudah berpisah dengan bekas suaminya, pengarah Syamsul Yusof, namun pelakon Puteri Sarah Liyana masih menjaga silaturahim bersama keluarga mentuanya.

Malah, Sarah memberitahu dia juga akan meluangkan masa bersama keluarganya dan mentua pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Tahun ini sebelum ini saya sibuk dengan penggambaran tapi kali ini saya sibuk dengan bisnes… pada Ramadan lalu la saya nak kejar untuk bisnes.

“Macam biasa la, saya tetap akan beraya dengan keluarga mentua saya. Lepas itu, kami akan beraya sekali dengan keluarga saya. Kami bercuti di Penang sebab kebetulan, mama saya pun dari sana.

“Jadi, kita sama-sama la ke sana. Insya-Allah esok atau lusa, kita akan ke sana. Anak-anak pun mesti nak holiday di Batu Feringhi,” kata Sarah kepada Gempak.

Ikut Tradisi Beraya Bersama

Dalam pada itu, Sarah berkata dia tetap akan mengikut tradisi beraya bersama keluarga mentua kerana tidak pernah menganggap mereka sebagai orang luar.

“Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi. Masih kekal silaturahim, malah saya shooting pula dengan bapa mentua sendiri.

“Shooting cerita polis… untuk Polis Peronda, drama bersiri 30 episod,” ujarnya.

Untuk info, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

BERITA TRENDING: "Percayalah, Bella Bukan Berlaku Curang" - Datin Patimah Ismail

BERITA TRENDING: Dibandingkan Dengan Mentua Puteri Sarah, Ini Respons Ibu Aliff Aziz!
#Syamsul Yusof #Puteri Sarah #Puteri Sarah Liyana #Yusof Haslam #Syamsul Sarah #Datin Patimah #Puteri Sarah cerai
;