Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Puteri Sarah Jawab Sebab Selesai Kes Dengan Ira Kazar - “Mengalah Tak Bererti Kalah, Lebih Pilih Mental Health Dan Kebahagiaan...”

Mya Amri 08/07/2023 | 01:50 MYT
Keputusan pelakon Puteri Sarah Liyana menyelesaikan kes saman terhadap madunya iaitu Ira Kazar secara luar mahkamah ternyata mengundang pelbagai reaksi netizen.
Ada di antara mereka meluahkan tanda tanya dan rasa tidak puas hati terhadap keputusan yang dilakukan Puteri Sarah.
Antara soalan yang diajukan kepada Puteri Sarah menerusi ruangan komen di Instagram miliknya adalah:
“Betul ke Puteri Sarah tarik saman Ira, saya kecewa. baru nak jadikan idola,” tulis seorang netizen.
Bagaimanapun Puteri Sarah kemudiaannya tampil menjawab persoalan netizen tersebut.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dirinya membuat keputusan tersebut atas sebab-sebab tertentu.
“Mengalah tak bererti kalah... Saya lebih memilih mental health saya, freedom saya, kebahagiaan saya dan anak-anak kerana kebebasan saya amat berharga. Doakan saya ya,” jelasnya.
BACA: Puteri Sarah Selesai Kes Dengan Ira Kazar Di Luar Mahkamah Secara Baik
Terdahulu, pada 5 Julai lalu mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah, selaku plaintif dengan Ira Kazar atau Faghira Fatini Kazaruddin, 28, selaku defendan di mana mereka telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.
#Mahkamah #Puteri Sarah Liyana #Ira Kazar
;