Laman Utama

Puteri Sarah Positif Covid-19 - “Sebaik-Baik Kita Menjaga SOP, Tak Campur Orang…Kecundang Juga”

Fiza Kamarudin
20/05/2021
00:50 MYT
Sponsor Banner
Puteri Sarah Positif Covid-19 - “Sebaik-Baik Kita Menjaga SOP, Tak Campur Orang…Kecundang Juga”
Pelakon Puteri Sarah meminta kontak rapatnya bermula 10 Mei lalu melakukan ujian calitan Covid-19 dalam masa terdekat.
Puteri Sarah menerusi hantaran di Instagram memberitahu, dirinya disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian calitan ketiga.
Menurut isteri kepada pelakon dan pengarah Syamsul Yusof itu, dia tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut meskipun tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan.
“Assalammualaikum semua, sebaik- baik kita menjaga SOP dan tak campur orang akhirnya kecundang jua. I was a type C before this sebabkan shooting dan dua kali buat swab test Sarah negative.
Sadly, semalam buat lagi swab test sebab sarah tak ada deria rasa bila makan also tak ada deria bau (baru berlaku semalam) pegi test found out im positive covid 19.
Before this kuarantin takde simptom apa-apa pun. Sarah sihat tapi terkena juga...I’m really sorry, siapa yang kontak rapat dengan sarah dari 10 May pegilah swab test.
“Minta maaf to my family, my husband, anak-anak. Doakan kami semua ya. Jangan keluar rumah kalau tak ada apa-apa nak buat. Jaga diri semua,” katanya.
Terdahulu, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Tiz Zaqiyah, Nadia Brian, Nora Danish, Nabila Huda dan Reen Rahim turut disahkan positif Covid-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar