Berita
Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta
Dramatis Puteri Sarah Liyana memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran bernama Nazatul Nazira yang didakwa menuduh dirinya menipu dalam satu urusan perniagaan.
Sarah menerusi satu hantaran di Instagram memuat naik notis tuntutan kenyataan fitnah yang dibuat Nazatul.
Selain itu, Puteri Sarah turut menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi.
Menerusi ruangan kapsyen pula, Puteri Sarah menulis: "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya," tulis Puteri Sarah.
Terdahulu, Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok mendedahkan seorang individu melarikan wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu.
Tambahnya, satu Kerjasama terjalin antara individu berkenaan dengannya pada Oktober lalu bagi tujuan pemasaran produk. Tetapi, kerja yang dilakukan tidak mencapai standard yang diharapkan.
Selain itu, Puteri Sarah juga memberitahu yang dia harus menagih bagi mendapatkan semula duit tersebut.
Terdahulu, Wanita tersebut muncul dalam sebuah program hiburan dan mendakwa dia adalah mangsa di sebalik dakwaan-dakwaan Puteri Sarah.