Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”

Firdaus 30/08/2024 | 03:55 MYT

Pelakon, Puteri Sarah Liyana menzahirkan rasa syukur selepas kes tuntutan samannya ke atas bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan dapat diselesaikan dengan cara baik.

Puteri Sarah Lega

Sarah atau pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dirinya berasa lega memandangkan masih mempunyai satu lagi kes tuntutan saman melibatkan dirinya di mahkamah.

“Alhamdulillah, dah selesai satu beban dan seperti yang kalian sedia maklum, saya ada satu lagi kes di mahkamah.”

“Yang penting adalah kita nak selesaikan kes ini sama ada dengan cara baik ke atau nak teruskan ke apa. Tapi yang penting kes ini dah selesai,” katanya kepada Gempak.
Puteri Sarah berkongsi perkara tersebut ketika ditemui selepas kes prosiding tuntutan saman itu selesai di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.
Disoal sekiranya Wiwie ada berhubung dengannya secara peribadi, aktres berusia 39 tahun itu memaklumkan segala komunikasi melibatkan isu mahkamah hanya dilakukan melalui peguam masing-masing.
“Dia tak ada pun berhubung dengan saya secara peribadi untuk menyatakan permohonan maaf sebab kami berhubung hanya melalui peguam sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, tuntutan saman Puteri Sarah ke atas Wiwie berakhir apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes saman fitnah itu secara baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Kes Saman, Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Mohon Maaf Secara Terbuka Terhadap Puteri Sarah Depan Hakim

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah & Risteena Munim Bergambar Atas Satu Pentas, Reaksi Puteri Sarah Pula Yang Dapat Perhatian Netizen - "Muka Sarah Tak Cover Langsung"

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Diangkat Ikon Ibu Tunggal - "Dia Ajar & Beri Nasihat Bagaimana Menyayangi Anak-Anaknya"

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah Liyana Tak Putus Titip Kata Semangat Buat Bella Astillah - “Sebulan Tu Nangis Lah Setiap Hari”

Ketika prosiding yang dilakukan di hadapan Hakim Puan Yasmin Abdul Razak, Wiwie mengakui kekesalannya yang memuat naik hantaran berbaur tohmahan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Puteri Sarah.

Permohonan maaf

Selain itu, Wiwi juga perlu untuk melakukan permohonan maaf secara terbuka tanpa syarat untuk tatapan umum selama tujuh hari di Instagram (IG) bermula hari ini serta membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 yang merangkumi keseluruhan kos guaman.
Untuk rekod, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Datuk Akberdin Abdul Kadir pada 30 Ogos tahun lalu.
Tuntutan itu dibuat selepas Wiwi membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram pada 24 Ogos tahun yang sama.
#Puteri Sarah Liyana #Ira Kazar #Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan
;