Viral

Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”

Asyikin Mayudin
13/03/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Puteri Zarith Kurang Senang Netizen Kaitkan Kurus Sebab Penyakit - “Ibarat Mengharapkan Kita Sakit…”
Gara-gara badan kelihatan semakin kecil, usahawan dan pempengaruh media sosial iaitu Puteri Zarith menerima komen negatif melibatkan fizikalnya.
Tidak kisah sekiranya orang menegur bentuk badannya semakin kurus, namun Puteri Zarith berkata dia tidak gemar apabila orang mengaitkan penurunan berat itu disebabkan sakit.
“Bila berat badan berlebihan, cakap tembam la dan macam-macam lagi… sudah tentu la jadi body shaming. Walaupun saya jual produk untuk kurus pun, saya tak cakap ia sesuai untuk orang gemuk.
“Perkataan itu sendiri tak sedap untuk didengari. Yang saya tak suka bila dengar, orang kata sakit ke… ibarat macam mengharapkan kita sakit. Soalan ‘kenapa kurus, sakit ke?’ bagi saya tidak elok la.
“Kadang-kadang saya terpaksa tutup komen sebab malas nak baca… terlalu negatif,” kata Puteri Zarith kepada Gempak.
Puteri Zarith ditemui ketika exclusive preview Riviera Raya Lebaran Collection Fashion Presentation 2024 di Maison Fiziwoo, Setiawangsa, pada baru-baru ini.
Terdahulu, Puteri Zarith turut memuat naik paparan skrin artikel mengenai penyanyi Dayang Nurfaizah yang turut kurang senang orang mengaitkan fizikalnya semakin kurus disebabkan sakit.
Dalam pada itu, Puteri Zarith memberitahu berat badannya turun sebanyak lebih kurang lima kilogram selepas mengambil produk kurus miliknya.
“Ikutkan saya ambil supplement produk saya sendiri tapi buat masa kini, saya berhenti makan sebab takut selepas ini tinggal tulang saja kan.
“Saya ambil produk saya itu sejak Disember tahun lalu, sekarang makin hari, bila ukur baju raya dari pinggang 23, kini dah 22. Ada yang komen positif kata rindu badan saya yang lama.
“Tapi saya ini kecil saja, bila saya hilang dalam dua ke tiga kg itu nampak. Tapi sebenarnya saya hanya hilang dalam lima kg saja, tak banyak pun,” ujarnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar