Laman Utama
Putri Ariani Tewas Dengan Duo Anjing Di AGT, Simon Cowell: “Pada Akhirnya Ini Pertandingan”
Peringkat akhir America Got Talent (AGT) musim ke-18 melabuhkan tirai dengan pengumuman pemenang yang tidak berpihak kepada peserta paling mencuri perhatian dunia, Putri Ariani.
Penyanyi cacat penglihatan kelahiran Indonesia tersebut diumumkan sebagai pemenang tempat keempat yang berlangsung di Pasadena Civic Auditorium, California, Amerika Syarikat.
Pada pusingan final, Putri Ariani memberi persembahan memukau dengan lagu milik Elton John, Don't Let the Sun Go Down on Me dan mendapat standing ovation daripada keempat-empat juri program tersebut iaitu Simon Cowell, Sofia Vergara, Heidi Klum dan Howie Mandel.
Meski hanya meraih tempat keempat, Putri Ariani , 17, tetap menjadi kebanggaan Cowell yang tidak berhenti memuji bakat luar biasanya.
“Tidak ada yang mampu menafikan fakta awak adalah peserta luar biasa, dan juga manusia luar biasa.
“Tapi pada akhirnya, ini adalah pertandingan,” ujar Cowell.
Sementara itu juara AGT musim baru ini jatuh kepada penjaga haiwan, Adrian Stoica dan anjing kesayangannya, Hurricane.
Duo tersebut membawa pulang wang tunai bernilai $1 juta dan membuat persembahan pada America's Got Talent Presents Superstars Live di Luxor Hotel and Casino di Las Vegas.
Stoica dan Hurricane mempersembahkan kemahiran akrobatik di antara manusia dan haiwan.
Ramadhani Brothers diumumkan sebagai pemenang kelima, Murmuration ketiga dan
Anna Deguzman ditempat kedua.
AGT adalah sebuah program realiti yang mencungkil bakat bukan hanya menyanyi tetapi juga sesuatu yang unik dan luar biasa dimiliki oleh para peserta.