Laman Utama
Qi Razali Mahu Kahwin Sebelum 50 Tahun- "Orang Ingat Saya Pilih Yang Cantik Je..."
Pelakon dan pengacara Qi Razali akui sedar akan keterlanjuran usianya yang kini hampir mencecah 50 tahun dan dalam yang sama masih belum berumah tangga.
Kata Qi, dia kini fokus hendak mencari calon isteri selepas tidak dapat menunaikan permintaan bapanya yang mahu melihatnya berkahwin sebelum arwah menutup mata.
"Usia saya akan mencecah 46 tahun ini. Saya berharap dapat bertemu jodoh dalam tempoh terdekat kerana mahu menunaikan impian emak yang mahu menimang cucu.
"Saya terkilan juga tak dapat tunaikan permintaan arwah bapa yang pergi meninggalkan kami selamanya tahun lalu.
"Malah, ibu juga pernah cuba mencarikan jodoh untuk saya dengan kenalan keluarga kami sebelum ini tapi saya pula berasa tak serasi,"katanya kepada Astro Gempak.
Qi berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Multimedia dan pelancaran trailer filem lakonannya, War On Terror : KL Anarki, pada Sabtu.
Justeru, Qi memberitahu dia tidak lagi terlalu memilih calon isterinya namun dari pengalamannya lebih baik menjalinkan hubungan dengan pasangan yang bukan dalam industri seni.
"Kalau dulu mungkin saya terlalu memilih calon isteri tetapi sekarang tidak lagi. Apa yang penting, wanita itu boleh membahagiakan hidup saya, cukuplah...
"Orang ingat, saya hanya memilih wanita yang cantik saja sedangkan saya mencari seseorang yang kena dengan jiwa dan calon isteri untuk perkahwinan jangka masa panjang.
"Saya akui susah untuk bercinta dengan pasangan yang sama-sama dalam bidang seni kerana banyak perkara dan hati yang perlu dijaga," ujarnya.
Terdahulu, Qi pernah menjalin cinta dengan penyanyi terkenal Yuna dan pelakon jelita, Nelydia Senrose tetapi semuanya berakhir dengan perpisahan.
Terbaharu, hubungannya dengan pengacara, Nia Atasha Rosli, 26, juga tidak kesampaian apabila ia juga putus di tengah jalan.