Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Rabak Emosi Wey!" - Ada Apa Hari Isnin Ni? Ramai Betul Tak Sabar Tunggu Episod Baru Andai Itu Takdirnya!

Amri Hassan 03/04/2023 | 08:50 MYT

No more Monday blues! Sebabnya hari ini akan bersambung episod baharu drama bersiri viral Andai Itu Takdirnya.

Meninjau ruangan komen di Instagram rasmi Bambam Studios, ramai yang seakan-akan sudah tidak sabar menantikan tayangan selanjutnya minggu ini.
Malah, ada yang menganggap hujung minggu itu tempoh yang panjang demi menyaksikan sambungan kisah Aizril dan Aleya ini.
"Tambahlah waktu tayangan Isnin hingga Jumaat kan best. Tak lah lama sangat tunggu tiga hari.
"Yang baca novel tu sharinglah sikit. Lama nak tunggu Isnin ni.
"Antara drama penat yang nak kena layan. Serius ah 60 episod! Rabak emosi wey.
"Ok bila nak Isnin? I nak tengok baru episod Andai Itu Takdirnya.
"Dah lama tak tengok tv dan drama Melayu ni. Lambat pula nak tunggu next week," tulis beberapa pengguna di media sosial Twitter dan Instagram.

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

Dalam episod terbaharu, Syed Aizril terpaksa reda dengan keputusan Aleya untuk meninggalkannya di hari raya.
Tak disangka semasa Syed Aizril melaungkan takbir raya, dia terkejut bila Aleya tiba-tiba muncul kembali.
Sinopsis Andai Itu Takdirnya
Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan dia juga anak kepada seorang tokoh korporat. Aizril sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain.
Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya. Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya.
Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?
Saksikan Andai Itu Takdirnya yang akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 6 Mac 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

#Viral #Shukri Yahaya #Drama #Siti Rosmizah #Hannah Delisha #Andai Itu Takdirnya
;