Laman Utama

Raffi Ahmad Bagi Duit Nafkah Lebih RM50,000 Sebulan Pada Isteri

Maliah Surip
27/07/2022
14:55 MYT
Sponsor Banner
Raffi Ahmad Bagi Duit Nafkah Lebih RM50,000 Sebulan Pada Isteri
Selebriti Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina memang dikenali sebagai pasangan yang hidup dalam kemewahan.
Selain kedua duanya memperoleh pendapatan lumayan hasil pekerjaan sebagai pelaku seni dan memiliki beberapa perniagaan lain, Raffi dan Nigita diketahui sudah lahir dari keluarga ‘berdulang emas’.
Maka untuk memberikan nafkah sehingga RM60, 000 sebulan mungkin bukan beban buat Raffi. Tetapi kita sebagai rakyat marhean yang mendengarnya berasa duit nafkah itu sebagai keterlaluan!
Kisah Raffi memberi nafkah kepada isterinya dalam jumlah yang cukup besar itu dikongsikan sewaktu dia berbicara dengan hos Andre Taulany.
Menerusi laporan Viva.co.id, Raffi memberitahu selain memberi wang tunai, dia juga menyediakan kad kredit sekiranya nafkah yang diberi tidak cukup.
Kata Raffi dia memberi sebanyak RM15,000 (Rp50 juta) secara tunai setiap bulan kepada wanita yang telah melahirkan dua anaknya itu.
“Jadi saya beri wang tunai kepada Nagita RM15,000 sebulan. Kemudian saya beri juga tiga kad kredit dengan setiap satu mempunyai limit RM15,000 juga,” katanya seperti dipetik dari Instagram @rumpi_gosip.
Meski demikian, Raffi mengaku Nagita tidak pernah menghabiskan nafkah bulanan yang diberikan.
“Tapi sejujurnya Nagita tak pernah habiskan duit nafkah yang saya bagi setiap bulan. Kecuali ada kecemasan, dia mungkin gunakan kad kredit, tapi sangat jarang berlaku,” katanya lagi.
Raffi mengatakan Nagita tidak menghabiskan duit nafkah yang diberi dengan alasan wanita yang dikahwini pada tahun 2014 itu lebih suka menggunakan duit sendiri untuk berbelanja.
“Dia pun punya pendapatan sendiri, jadi lagi senang pakai duit sendiri juga,” tambahnya.
Terdahulu, pada ulang tahun ke34 pada Februari 2022, Nagita menerima hadiah berupa mesin ATM yang dipasang dalam kediamannya dari Raffi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar