Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Rahim Selamat Jalani Pembedahan Buang Bisul

ZULHILMI JALIL 11/12/2019 | 09:25 MYT
Pelawak Rahim Sepahtu selamat menjalani pembedahan kecil membuang bisul di sebuah hospital swasta di Selangor.
Perkara itu dikongsikan isterinya, Lily Khay menerusi satu entri di Instagram miliknya pagi tadi.
"11.27 pagi, Alhamdulillah syukur selamat dah. Siapa sangka harini Abang Rahim bersarapan di hospital kan.
"Alhamdulillah, nampak sihat dah Abang Rahim pagi ni, berkat doa anda semua. Hanya Allah dapat membalas jasa baik anda. Jazakallah," tulisnya.
Bagaimanapun, Lily tidak mendedahkan kawasan bisul yang dialami Rahim.
Terdahulu, Lily memaklumkan bahawa Rahim terpaksa di tahan di wad malam tadi ekoran masalah bisul yang serius sehingga mengakibatkan suaminya itu demam.
"Sampai hospital doktor kata dah serius. Dah ada jangkitan. Doktor tanya berapa lama..teruk dah ni, terus kena tahan dan nak kena buang bisul yang dah serius itu," kongsinya.
Begitupun, menurut Lily, suaminya itu masih belum boleh dibenarkan pulang hari ini.

Healthy Meals for lunch ??? . Specialist kata AR @rahimr2 belum boleh discharge today ? . . PS; Jgn tekejut yg blkg tu @zarithsofea06 ?tuang air minum utk Papa .. . . #rahimsepahtu #minorsurgery #bisul #11/12/2019

A post shared by Certified Image & Style Coach (@lilykhay) on

#Pelawak #Rahim Sepahtu
;