Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Rahmat Ilahi, Alhamdulillah” - Ikmal Amry Syukur Isteri Selamat Bersalin Anak Kedua

Mya Amri 28/10/2023 | 08:55 MYT

Pelakon, Ikmal Amry melahirkan rasa syukur selepas isterinya, Najla Shamsul melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Ikmal berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu berbentuk video pendek yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya pada Jumaat.

Video itu merakamkan Ikmal sedang memegang dan mencium anak keduanya dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum.

“Rahmat ilahi. Syukur Alhamdulillah, pada hari jumaat yang berkah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih atas doa kalian. Semoga kita semua diberkati,” tulisnya ringkas.

A post shared by Ikmal Amry (@ikmalamry)

Sementara itu, di ruangan komen pula rakan-rakan artis juga turut menyampaikan ucapan tahniah kepada Ikmal.

Antaranya Aedy Ashraf, Nadiyah Shahab, Elizabeth Tan, Daler Yusuf, Fizo Omar, Eyra Hazali, Shah Jaszle dan Pekin.

Untuk rekod, Ikmal atau Mohd Zulikmal Amry Ghazali dan Najla, 25, mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Cailie yang berusia dua tahun.

#Anak #Bersalin #Baby #Ikmal Amry
;