Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rahsia, Kahwin, Tragedi Besar? Oh No! Minggu Akhir Hati Yang Dikhianati Bagi Hint Apa Ni?

Mya Amri 27/02/2022 | 11:05 MYT
Setiap kali episod baharu drama Hati Yang Dikhianati ditayangkan, pasti mendapat sambutan hangat penonton.

Bagi pengikut setia, boleh dikata drama ini berjaya bermain dengan emosi penonton dengan jalan cerita yang mantap.

Bagaimanpun setiap yang bermula pasti ada pengakhirannya kan? Sama ada perasan atau tidak, Hati Yang Dikhianati sudah berada di minggu terakhir.

Berikut merupakan sedikit bayangan buat penonton tentang apa yang bakal terjadi di minggu akhir.

1. Menerusi undian yang dilakukan di Facebook Gempak, majoriti penonton tidak mahu Elyas bersama Lisa.

2. Ehem dengar-dengarnya Samir bakal berdepan dengan tragedi besar. Apa tu agak-agaknya?

3. Adakah Elyas bakal mengambil keputusan drastik yang melibat Tasya? Hmm

4. Nampaknya Iskandar seperti dalam dilema untuk membuat pilihan.

5. Rahsia Azrab bakal menggugat dan mengubah bentuk plot Hati Yang Dikhianati! Seriuslah guys?!

6. Ada watak yang bakal berkahwin dengan orang yang tidak memcintai mereka. Siapa eh?

Jangan lupa saksikan drama yang diadaptasi dari drama popular Mis Tres Hermanas ini setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima (saluran 105) atau boleh distrim di Astro Go dan Ultra Box.

#Hati Yang Dikhianati #HYD #Minggu Akhir
;