Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Raja Charles III Miliki Tabiat Pelik? Ini Info Menarik Tentang Raja Britain Baharu

Gempak 09/05/2023 | 05:50 MYT

Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai pemerintah ke-40 Britain di Westminster Abbey dalam istiadat pertabalan disempurnakan oleh Uskup Agung Canterbury Justin Welby.

Baginda menaiki takhta menjadi Raja selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II, pada 8 September 2022.

Meskipun bergelar seorang raja, baginda tetap seorang manusia biasa yang mempunyai tabiat dan hobi yang tidak diketahui orang ramai.

Memetik portal gaya hidup, The Cut, baginda memiliki beberapa makanan, hobi serta tabiat kegemaran tersendiri, jom kita semak!

1) Penggemar menu telur

Raja Charles III menggemari menu telur dan ia lebih jelas menjelang hari pertabalan. Tidak hairan apabila hidangan Quiche dipilih sebagai hidangan istimewanya. Quiche adalah makanan yang berasal dari Perancis. Makanan ini diperbuat daripada tepung gandum bersama bayam, ikan salmon, ayam, daging salai yang disalut dengan keju.

Menurut seorang chef yang mendakwa telah membakar quiche untuknya, Charles sangat menggemari menu telur dan keju. Malah ada laporan memberitahu Charles menikmati tujuh biji telur setiap pagi ketika sarapan.

2) Penggemar sayur segar dari ladang

Raja Charles III juga sangat menyukai sayuran segar dipetik terus dari ladang seperti bayam, tarragon dan kacang panjang. Charles malah dilaporkan membawa hasil tanaman bersamanya ketika melakukan lawatan diraja.

3) Penonton setia drama

Tidak ramai yang tahu, Raja Charles III gemar menonton drama. Dia juga menunjukkan sokongan dengan laungan mengejut kepada drama Emmerdale di Anugerah Televisyen Kebangsaan Oktober lalu.

Charles berkata dia telah menonton rancangan itu sejak zaman Emmerdale Farm pada tahun 1989. Menurut Euronews, dia juga menonton Poldark, sebuah drama bersejarah dan The Night Manager yang menampilkan Tom Hiddleston.

4) Tulisan tangan yang unik

Raja Charles III mempunyai tulisan tangan yang sangat tersendiri. Beberapa suratnya dalam edaran menunjukkan tulisan tangannya dan dirujuk sebagai 'memo labah-labah hitam'.

Nama panggilan itu diberikan kerana tulisan Charles memiliki 'signatur' khas yang bergaya kursif nipis, halus dan rapat.

5) Sentiasa bawa tempat duduk tandas kulit khas

Menurut penulis biografi Christopher Andersen, Raja Charles III tidak pernah melawat keluar tanpa tempat duduk tandas material kulit khas. Sebuah lagi tabiat Charles turut didedahkan oleh Pakar Diraja Tina Brown yang berkata dia turut membawa dua lukisan landskap Scotland dan katil ortopedik.

6) Dengar muzik dengan lembu

Raja Charles III sering mendengar muzik dengan lembunya. Menurutnya, muzik boleh menjadikan proses memerah susu lembu lebih menyeronokkan.

Malah dia pernah meminta penyanyi Katy Perry menyanyi untuk tanamannya, sesuai dengan tabiatnya yang membisikkan perkara manis yang dipercayai dapat mempercepatkan tumbesaran tumbuhan.

7) Memiliki nama penuh yang panjang

Raja Charles III memiliki nama penuh yang lebih panjang iaitu Charles Philip Arthur George Mountbatten Windsor.

Sumber - AWANI

Kredit Foto: AP Photo/Frank Augstein
#London #Britain #Raja Charles III #Raja Britain
;