Laman Utama

Raja Dangdut Rhoma Irama Tak Percaya Anaknya Ditangkap Lagi Kerana Dadah

Maliah Surip
09/02/2021
00:20 MYT
Sponsor Banner
Raja Dangdut Rhoma Irama Tak Percaya Anaknya Ditangkap Lagi Kerana Dadah
Anak Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama, Ridho Irama ditangkap atas kesalahan dadah kelmarin. Ini merupakan kali kedua Ridho yang juga merupakan seorang penyanyi ditangkap atas kesalahan sama.
Rhoma Irama mengatakan tak percaya saat mendengar berita anak lelakinya yang kini berusia 32 tahun ditangkap kerana dadah.
"Pertama kali saya mendengar berita dia tertangkap lagi, kerana dadah, saya tidak percaya.
"Namun setelah mendapatkan maklumat yang jelas daripada pihak berwajib, ternyata memang dia ditangkap kerana dadah," kata Rhoma seperti dipetik dari Kompas.com.
Menurut Rhoma Irama, dia sangat terkejut dengan tangkapan yang berlaku kerana percaya Ridho telah bebas dan pulih dari najis dadah.
"Saya terus terang terkejut. Mengapa ini boleh terjadi lagi?" katanya pasrah.
Meski demikian, penyanyi dangdut yang kini berusia 74 tahun itu tetap memaafkan anak dari perkahwinannya dengan Marwah Ali.
"Saya beritahu kepadanya sudah memaafkan dia dan harap dia bangkit serta tidak melakukan kesalahan buat kali ketiga. Semoga dia boleh kembali ke jalan Allah," ujar Rhoma Irama.
Sementara itu, Ridho dalam satu kenyataan mengaku dirinya bersalah dan meminta maaf kerana tidak boleh keluar dari masalah ketagihan dadah.
"Saya minta maaf. Saya ingin sembuh," katanya yang mengaku kali terakhir mengambil dadah di Bali beberapa hari lalu.
Ridho ditangkap polis pada 4 Februari dengan memiliki dadah jenis ekstasi bersamanya di sebuah apartmen di Jakarta Selatan. Sebelumnya, dia telah ditangkap polis kerana memiliki dadah jenis sabu dan menjalani hukuman 1 tahun 6 bulan penjara pada 2017.
Kredit Foto: Suara.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar