Laman Utama

Rajin Buat Kerja-Kerja Amal, Putra Amaris Sudah Jutawan? - "Lillahitaala, Niat Saya Nak ..."

Amri Hassan
06/07/2022
04:55 MYT
Sponsor Banner
Rajin Buat Kerja-Kerja Amal, Putra Amaris Sudah Jutawan? - "Lillahitaala, Niat Saya Nak ..."
Pelakon Putra Amaris menjelaskan dirinya masih belum lagi berstatus jutawan sebaliknya tidak pernah lelah untuk membantu golongan memerlukan tanpa mengharapkan balasan.
Jelas Amaris, 37, sejak empat tahun lalu dia bersama pasukannya sentiasa bergerak untuk berinfaq membantu pelbagai golongan terutamanya asnaf dan ibu tunggal.
"Saya buat kerja-kerja amal ini atau infaq ini, semuanya Lillahi Taala. Demi Tuhan. Demi nak membantu orang yang susah. Untuk itu, saya memang set diri ‘aku kena kaya’ untuk bantu lebih ramai bagi orang yang memerlukan.
"Dalam masa yang sama, saya juga bertuah kerana isteri juga merupakan tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.
"Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah," ujarnya.
Amaris ditemui pada majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics di Menara Shaftsbury Putrajaya pada Ahad.
Dalam kempen terbabit jelas Amaris, ia bertujuan membantu dan memberikan peluang kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita menambah pendapatan menerusi kerjasama dengan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya.
"Dalam pertandingan ini, kita juga berkongsi rezeki. Bukan terhad untuk wanita sahaja, kita sebenarnya buka untuk semua di seluruh Malaysia.
"Insya-Allah sepanjang sebulan ini, kita juga akan bergerak membantu golongan wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
"Pihak penganjur juga mengalu-alukan penyertaan daripada pengasas produk dan orang persendirian untuk turut serta," katanya.
Bertindak sebagai ikon kempen tersebut, Amaris, bagaimanapun menjelaskan, program infaq terdahulu menerusi kempen Sama-Sama Kenyang dengan kerjasama Pertubuhan Dapur Pasak Kuala Lumpur (Dapur Pasak) masih diteruskan.
“Program itu masih berjalan seperti biasa setiap hari. Kami tak berhenti. Sasaran kami untuk membantu asnaf dan artis veteran juga masih digerakkan termasuk usaha untuk mendapatkan rumah untuk artis veteran yang tak berkemampuan.
“Walaupun tanggungjawab kini bertambah menerusi kempen Pelaris Challenge ini, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun. Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.
“Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izikankan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan,”katanya.
Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000. Pendaftaran boleh dibuat di www.pelaris.challenge.com.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar