Laman Utama
Rakaman Video ‘Bainun V2’ Kasari Bayi Kecil Tersebar, Netizen Gesa Pihak Berkuasa Ambil Tindakan
Baru sahaja selesai kisah pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun yang dijatuhkan hukuman penjara kerana menganiaya remaja sindrom Down, Bella, kini timbul pula insiden dera yang melibatkan seorang pengasuh dan bayi kecil.
Menerusi beberapa potongan video yang dikongsikan sebuah akaun Twitter, wanita yang didakwa sebagai pengasuh itu dilihat mengasari bayi berkenaan sambil menekan kepalanya pada bantal.
Mengikut informasi yang dikongsikan, kejadian tersebut dikatakan berlaku semalam di sebuah taska yang dipercayai terletak sekitar Mutiara Rini, Skudai, Johor.
Bagaimanapun, menurut hantaran yang dibuat oleh akaun terbabit, pengadu dikatakan takut untuk membuat laporan polis.
Meninjau ruangan balas di ciapan tersebut, ramai yang melahirkan rasa marah melihat insiden terbabit dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap wanita itu.
“Sampai bila benda ni terjadi ya? Apa salah baby tu sampai nak buat mcm tu? Berani kerana benar jangan takut sebab dia dah terbukti salah. Kalau dia atau ahli keluarga dia ugut ke buat je laporan.”
“Kalau dah tahu diri tu tak tahan dgn baby nangis, tak penyabar, lagi baik jual lolipop dekat TikTok live je. Gila. Layak masuk penjara.”
Sumber: Twitter