Viral
Rakan Sekerja Bercinta Dengan Pondan Gara-Gara Isteri Berlaku Curang
Kisah tidak setia dalam perkahwinan sering menjadi paparan media, tatkala ia dilihat kerap berlaku dalam kalangan figura terkenal.
Namun, kisah curang dan bermain kayu tiga sungguhpun sudah berstatus sebagai individu berkahwin juga turut berlaku dalam kalangan masyarakat kita.
Bercinta dengan pondan
Terbaharu, satu pengakuan dikongsi oleh seorang individu menerusi platform NGL viral selepas pengakuan berkenaan dikongsi semula oleh pengguna platform X.
Menerusi pengakuan tersebut, individu berkenaan bercerita mengenai rakan sekerjanya, yang merupakan seorang lelaki berusia 43 tahun sedang menjalinkan hubungan dengan seorang pondan, gara-gara si isteri berlaku curang.
“Officemate aku sekarang bercinta dengan pondan sebab wife dia curang. Kesian pun ada. Umur abang tu dah 43 pun bini curang.
“Sekarang dia happy post gambar bercuti dengan pondan. Tak pasti dia post tu nak sakitkan hati wife atau memang saja dia post. Dari pondan baik skandal dengan aku yang single
Ni,” tulis individu berkenaan.
Perkongsian terbabit menerima maklum balas pelbagai daripada wargamaya. Antaranya:
Tak tahu nak kesian dengan siapa
Lelaki lepak dengan lelaki
Sumber: Platform X